Friday 10 February 2012

Menarik, tertarik

Saya ingin berkongsi kata-kata seorang ustaz kepada saya hari ini. Katanya, untuk menarik org mudah merasa suka melihat kita, ada 4 perkara yg harus kita lakukan.

  1. Tenang. Untuk memperoleh ketenangan, sentiasa lah ingat pada Allah. Walau apa pun yg kita lakukan, di mana pun kita berada, ingatlah kpd Dia sentiasa. Berdoalah sebelum memulakan dan mengakhiri sesuatu. InsyaAllah, Allah akan sentiasa hadir dlm hidup kita dan dlm hati kita.
  2. Menuntut ilmu yg bermanfaat. Cubalah sedaya upaya hadir ke masjid untuk belajar ilmu agama. Ilmu yg mmpu menjadikan kita hamba Allah yg bertakwa. Selain drpd pergi berguru, bykkan lah membaca. 
  3. Kusyuk dlm solat. Mmg bukan mudah yg ini. Selalu ketika dlm solat lah mcm2 mnda kita nak fikirkan. "Alamak, report tu belum hantar lagi dekat boss lagi". Latih diri kita untuk kusyuk. Byk lah membaca bagaimana untuk kusyuk dlm solat, cuba praktikkan. Jom kita cuba try test!
  4. Berbuat baik pd semua org. Paling penting ibu bapa, dan kaum keluarga kita. Cubalah seboleh mungkin jaga tingkahlaku kita. Jgn sesekali menyakitkan org lain. Selagi mampu berlaku baik, berlaku lah baik kpd semua org di sekeliling kita. InsyaAllah org juga akan berbuat baik kpd kita. Percayalah!
Nampak susah ke? Saya rasa susah jugak pd permulaannya. Bukan senang nak jd baik, nak jadi jahat pulak sebaliknya. Senang la sesangatnya.

Perkara baik jadikan habit.
 
"Fake it until we make it!"

Wednesday 8 February 2012

Selamat hari jadi, adik saya

Dear Ami,

Selamat Hari Jadi!

Jadi lah anak yg baik pd mak dan abah.

Adik yg baik pd kaklong dan abang.

Abang yg baik pd Nabil.

Pelajar yg rajin dan cemerlang.

Seorang Islam yg patuh dan taat kepada agama.

Saya tidak mengatakan ini selalu. Tetapi, saya mahu mengatakannya kali ini.

"Kaklong sayang kamu".