Friday 20 January 2012

Kemaafan dan kesilapan

Kesilapan yang sudah berlalu, biarkan lah berlalu. Jangan diingatkan lagi dan tolonglah berhenti menyalahkan diri sendiri sebab melakukan kesalahan tu. Takde manusia yg sempurna kat dunia ni kan? Chill la. Awak buat silap, saya buat silap. Kau buat silap, aku buat silap.

Takkan bahagia punya kalau asyik nak salahkan diri kita. Mengaku yg kita dah buat kesilapan, kalau salah tu pd manusia, mintak lah maaf pd org tu. Kalau dia taknak maafkan, tanggungjawab kita dah lepas. Memaafkan tu hak die. Kalau buat salah pd Allah, cepat2 lah mintak ampun drpd Dia, sesungguhNya Dia Maha Pengasih dan Maha Pengampun. Kalau boleh, buat lah solat taubat secara istiqamah. Sbb kita selalunya tak sedar bila masa kita buat salah, tak kira lah salah besar atau salah kecik, sengaja ataupun yg tak disengajakan.



Rugi lah manusia yg tidak pernah buat silap tp sgt lah malangnya menjadi manusia yg buat silap lagi dan lagi dan lagi (mengulangi kesilapan yg sama).

"Manusia yg hebat adalah apabila dia ada berpeluang mengulangi kesalahannya tp die memilih untuk tidak melakukannya sekali lagi"

Bestkan jadi manusia yg hebat? Kalau korang rasa ada buat kesilapan, buat perkara seperti di bawah:-
  1. Mengaku, 
  2. Maafkan diri sendiri, 
  3. Let go
  4. Belajar drpd kesilapan tu 
  5. Walaupun ada peluang terbentang di depan mata nak ulang kesalahan tu, jangan ulang.
Nampak mcm senang kan? InsyaAllah kalau ada kesungguhan, takde apa yg susah. Takde apa yg mustahil, kan?

Saya nak share apa yg saya baca, di buku, websites, hasil sharing stories dgn kawan2 dgn semua orang sbg pedoman untuk kita semua. Yg baik tu, ambil la. yg buruk tu kite campak jauh2 ye.

Macam yg korang semua tahu, saya juga manusia tidak sempurna. Tetapi saya mahu berusaha jadi manusia yg lebih baik. Semua org pun nak mcm tu kan? Kita mulakan pada waktu ini, daripada saat ini. Sambil saya share dgn korang, saya sebenarnya lebih mahu mensihatkan diri saya sendiri. Saya nak didik diri saya jadi orang yg lebih memandang positif sesuatu perkara tu.

Semua bermula drpd kita. Dr Muhaya pun ade quote, " Nak ubah suasana, ubah diri kita dulu". Jadi, perubahan tu mulanya daripada kita. Jgn asyik pandang kesalahan org pd kita sampai kita takde masa untuk merenung salah silap kita.Kalau org buat salah pd kita, salahkan diri kita dulu (jadikkan ini praktis). Sbb apa salah org pd kita adalah hasil drpd tindakan kita sendiri yg mengakibatkan org hanya  respons kpd perbuatan kita.

Sekarang masa untuk membentuk kehidupan yg lebih bahagia, lebih bermakna!

No comments:

Post a Comment