Tuesday 31 January 2012

Memilih?

Ini soalan yg susah skit nak jawab.

"Mestilah kena pilih betul2, nak kawin bukannya sehari dua, kan? Once kite commit, takkan rasa tak sesuai nak bercerai berai pulak"

Most of the times, me myself is not very sure of what are the criteria of a husband I want.

Kita seringkali consider apa yang kita nak. Tetapi, itu normal. Sebagai manusia biasa, kita pasti mempunyai preference tersendiri. Preference ini sangat subjektif. Berbeza-beza antara satu individu dgn individu yg lain.

Kalaua kita ambil scope yg simple, contohnya kita nak beli kasut. Kita cuba survey dekat 3 orang la ye. Tak perlu banyak2.

A : "Aku prefer yg tahan lama wey. Mahal skit pun takpe. Berbaloi2."
B : " Oh, I pentingkan brand kot. Sebab tak class pakai yg murah2 ni."
C : "Biar la murah!  Salu pun beli time ada jualan gudang aje."

Tu baru kita tanya 3 orang. Kalau lagi ramai responden, lagi banyak variasi jawapan yg kita akan dapat.

Sekarang mesti kita dah dapat apa yg saya maksudkan awal2 tadi,kan? Itu baru soal kasut. Inikan pula soal calon suami/isteri. Fuhh, lima malam pun belum tentu siap nak listkan kita punya preference untuk calon suami/isteri ni.

Saya sendiri mengaku saya sgt memilih dlm hal ini. Kadang2 preference yg saya letakkan tu boleh jadi sgt tidak reasonable dan tidak masuk akal jugak. Eh, bukanlah saya mahu seorang suami ahli bina badan ataupun angkasawan negara. Nampak sgt lah tak logik macam tu. Tak kawin sampai ke tua la  rasanya.

Kenapa saya katakan tadi preference saya seperti tidak reasonable? Sebab saya selalunya "tidak mengukur baju di badan sendiri". Contoh, saya mahukan seorang suami yg sehensem Aaron Aziz tetapi saya sedar saya ni taklah se"cute" Nora Danish atau se"hot" Neelofa.

Saya hanya mahu org yg seperti saya.

Seorang yg mampu melayan "gila2" saya, mampu bertahan dgn emosi saya yg selalu tidak menentu. Saya bukan pemarah, tp saya sgt mudah tersentuh, selalunya tanpa sebab yg pasti.

Tetapi, yg paling utama out of all, seorang yg menjaga agamanya. Ini mmg la cliche, saya tau. Tetapi percayalah,  tidak ada manusia yg sempurna tetapi seorang yg beragama itu dia tahu untuk bertindak dgn betul pd waktu yg betul. Kerana sayangnya pd Allah melebihi segala-galanya. Tidak mungkin dia akan mengabaikan saya, InsyaAllah. Saya percaya, malah sgt percaya itu.

Saya boleh bertolak ansur kekurangan di sana sini yg sedikit. Tak ensem takpe, tak bijak sgt pun takpe, tetapi agama mesti ada.

Allah tidak memberi apa yg kita mahu, tetapi apa yg kita perlu. Ilmu Allah tidak terbatas. Dia Maha Mengetahui, boleh jadi preference kita itu bukanlah yg terbaik untuk kita. Biarlah tidak ada semua "tick" yg kita mahu, tetapi cukup sempurna untuk melengkapi hidup kita, bukan saja di dunia tetapi di akhirat sana yg kekal selamanya.

Semoga Dia menemukan saya dgn idaman hati yg saya perlu itu, apabila tiba harinya nanti. InsyaAllah.

Amin!

No comments:

Post a Comment