Thursday 26 January 2012

Pilihan dan risiko

Semalam seorang kawan telefon, katanya ada masalah dlm kerja yg mana memerlukan dia membuat pilihan. Tetapi, isunya dia takut untuk mengambil risiko jika tersalah membuat pilihan.

Dalam kehidupan ini, kita mmg acap kali dihadapkan dengan pelbagai pilihan. Bahkan mungkin setiap hari kita terpaksa membuat pilihan. Pilihan ini boleh jadi pilihan yg kecil atau pilihan yg besar.

Once in a while, buatlah pilihan dan ambillah risiko!

Hari kita bermula sekarang. Kita mahu pergi kerja, sebaik saja "alarm clock" berbunyi, pilihan pertama yg harus kita lakukan sama ada mahu "snooze" atau "dismiss". Nampak kan ada dua pilihan di situ. Kecil, tetapi mungkin memberi impak yg tidak sama.

Jika kita "snooze" dan terus smbung tidur, mungkin kita terbangun pada pukul 9 pagi dan akhirnya terlambat untuk ke tempat kerja. Sampai ofis, ada meeting urgent yg kena attend. Boss marah sbb tak masuk meeting. Ada colleague yg kena ganti tmpat kita tarik muka sampai waktu lunch. Sbb nak ambil hati dia, kita belanja dia waktu lunch.

Tetapi, jika kita terus bangun, perkara2 seperti di atas tak berlaku, kan?

Sebab itulah saya katakan tadi, "Life is about making choices and every choice we make will lead us to different circumstances".


Sekarang kita bincangkan dengan lebih "detail" bagaiman jika kita ada dua pilihan di hadapan kita sekarang. Apakah yg perlu kita lakukan?


Daripada gambar di atas, kita nampak ada dua jalan, kan? Satu jalan akan membawa kita kepada destinasi A dan lagi satu akan bawa kita kepada destinasi B.

Sekarang kita stuck. Kita harus juga memilih salah satu daripada jalan ini sbb tiada jln yg lain. Ini sahaja pilihan yg ada dan harus dihadapi buat masa ini. Mungkin later akan ada jalan baru dibina di tgh2. Tetapi itu nnti. Sekarang tidak ada bukan?

Jom la kita buat pilihan. Ish, takkan lah nak buat pilihan yg membuta tuli kan? Lambung syiling la!

Itu salah. Sebelum melakukan keputusan, ambil kira segenap aspek, kajilah dgn teliti agar tidak menyesal di penghujung hari.

Salah satu cara yg saya rasakan menarik dan boleh dikongsikan dgn korang semua adalah "Table Pros and Cons".

Table Pros and Cons
Jadi drpd table tu kita boleh kita lihat keputusan yg patut kita ambil adalah B. Jgn menoleh ke belakang, teruskan dgn keputusan yg diambil.

Tetapi tidak semua  pilihan dlm kehidupan  kita ada semudah seperti contoh kat atas yg boleh kita dpt keputusan yg very direct kan?

Ada terlalu byk perkara tersirat yg perlu kite consider.

 Di sini lah kita sebagai org Islam patut meminta tolong daripada Allah yg Maha Luas ilmuNya. Ingatlah, ilmu  kita sbg manusia biasa adalah sgt terbatas. Bahkan, kita tidak boleh lihat apa yg akan terjadi satu saat drpd sekarang.

Istikharah lah. Solat Istikharah sangat-sangat di galakkan oleh Rasulullah sebagaimana disebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari;

Mahfum Hadis:

Dari Jabir ra., ia berkata: "Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran. Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian berdoa:

“Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini  membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya”

Melakukan keputusan dan membuat pilihan bukanlah mudah. Tetapi ia tetap sgt penting kerana drpd satu pilihan yg kita buat pada saat ini ia akan mengubah hidup kita secara total.  Setelah keputusan dibuat, redhakan lah hati menerima apa juga risiko nya.

"Semua action ada risiko, tetapi sekali sekala apa salahnya. Beranilah ambil risiko, no pain no gain!"


No comments:

Post a Comment