Saturday 21 January 2012

Sudah tiada lagi

Kawan saya baru kehilangan abgnya beberapa hari yg lepas. Sebagai seorang kawan, saya cukup faham yg dilalui dan dirasainya. Cuma beza nya bkn saya yg melaluinya dan merasainya.

Saya cuba sejenak membayangkan bagaimana jika saya melalui kehilangan seperti itu? Mampukah saya, kuat kah hati saya? Sedangkan putus kasih saja sudah boleh buat saya separuh gila. Inikan pula darah daging kita yg membesar bersama-sama, bergurau senda, tmpt bermanja pergi untuk selama-lamanya. Putus sudah segalanya buat selamanya.

Saya renung wajah adik-adik saya. Saya usap kepala adik saya. Saya cuba membayangkan bagaimana rasa yg trpksa kawan saya itu lalui.
Baru membayangkannya saja sudah hancur luluh hati ini. Berat ujianMu Ya Allah.

"Allah menguji apa yg kita mampu tanggung"

Tetapi kita harus yakin. Allah itu tidak akan sesekali menzalimi kita. Diujinya kita kerana rasa kasih dan syg yg sgt dlm pd hambaNya. Allah sgt mengasihi RasulNya bukan?

Jawapannya sudah pasti, ya!!

Ketahuikah kita Nabi Muhammad itu byk diuji dgn kematian insan2 yg disayanginya?

Baginda kematian ayahnya ketika belum lg menjenguk dunia. Br sebentar bermanja dgn ibu, ibu trcinta pula pergi selamanya. Punya bapa saudara yg disayanginya, juga pergi meninggalkannya.

Siti Khadijah, isteri yg sgt dikasihi. Penguat jiwa dan tulang belakang perjuannya juga pergi meninggalkannya di saat kasihnya masih sgt diperlukan?

Puteri2 kesayangannya juga pergi ketika masih ada hayat baginda. Hilang seorang anak saja sudah cukup dan mampu merentap seluruh semangat untuk hidup. Bagaimana hilang beberapa org?

Saya quote kan kata2 seseorang yg saya kenali semasa anaknya meninggal dunia beberapa tahun lalu "Rasa seperti seluruh hidup diambil pergi".

Allah menguji kita. Ye, ini ujian yg sgt berat. Semua org mengakuinya. Berat mata memandang lebih berat bahu memikul bebannya.

Mengadulah,menangislah dan luahkanlah hati yg sedih itu kpd Allah. Ceritakan segala2nya kpd Dia. Tiada seorang manusia pun yg mmpu memahami perasaan anda spt Dia kerana Dia yg mnciptakan kita.

Ambillah masa. Bersedihlah. Tetapi bersederhanalah dlm bersedih itu. Hidup ini harus diteruskan. Binalah kembali semangat yg sudah hilang Renungkan wajah org2 yg kita syg dan masih hidup. Bangunlah untuk mereka!!

Mati itu janji Allah yg pasti dilalui oleh setiap yg bernyawa.
Published with Blogger-droid v2.0.3

No comments:

Post a Comment