Wednesday 25 January 2012

Kerinduan ini

Rindu? Indahkah perasaan itu? Seksa sebenarnya.

Rindu itu perasaan yg natural. Semua org mesti pernah merasa perasaan itu. Selalu kita rindu pada org yg kita sayang dan org kita care kan? Tak logik pulak nak rindu pd org yg kita benci.

"Aku paling tak suke Jemah tu. Tapi aku rindu sgt la pd dia"

Semacam je kan ayat di atas?

Jadi, admit lah perasaan rindu tu perasaan yg normal kpd manusia biasa. Boleh jadi kita merindui seseorang kerana faktor jarak, masa, keadaan yg menyebabkan kita dan org yg kita rindu tidak dpt bertegur sapa apatah lagi bersua muka.

"It's hard when I miss you and cannot let you know that I've been thinking of you all this while"

Rindu itu berat menangunggnya. Ada org yg boleh meninggal dunia kerana menanggung rindu yg sgt sarat.Seorang isteri yg terlalu rindukan suaminya yg telah meninggal dunia kemudian meninggal dunia pula beberapa bulan selepas itu.

Kawan saya tweet "Aku dgr nenek aku berdoa aritu, Aku rindu sgt dkt ko".
Indication : Aku = nenek, Ko = Atuk yg sudah meninggal.

Rindu ini puncanya apabila kita sudah menjadi sgt biasa dgn kehadiran seseorang itu dlm hidup kita. Boleh jadi selama 38 tahun hidup bersama sbg suami isteri, si isteri meninggal dunia. Boleh jadi juga sudah 4 tahun bekerja bersama2, hari2 bergurau senda, kawan sekerja itu bertukar tempat kerja. Boleh jadi 2 tahun bercinta tetapi akhirnya berakhir di tgh jalan.

Why can't we get all the people together in the world that we really like and then just stay together?  I guess that wouldn't work.  Someone would leave.  Someone always leaves.  Then we would have to say good-bye.  I hate good-byes.  I know what I need.  I need more hellos.  - Charles M. Schulz

Rindu pada suasana juga adalah satu bentuk kerinduan. 5 tahun belajar di sekolah, habis Form 5, mesti terbayang2 lagi kehidupan sekolah yg best. Ada member2 bergelak ketawa, usik mengusik, cikgu2 yg sempoi. Rindu keadaan ketika kanak2. Main kejar2 dgn jiran sekampung, mandi sungai, main ting-ting, main getah, main seremban. Indah kenangan tu, kan?

Jadi apa yg sepatutnya kita lakukan apabila rasa rindu itu dtg menjengah?

Hadapinya.

Itu satu rasa istimewa kurniaan Allah pd kita. Tetapi haruslah disalurkan dgn cara yg betul dan jgnlah berlebihan. Jgn smpi rindu itu menjadikan kita manusia yg lalai, leka dan hina. Salurkan lah kerinduan kita pd jalan dan cara yg betul.

Jika korang rindukan seseorang, kirim lah doa yg baik kepadanya.

Doa nabi yusuf kepada Zulaikha,

" Ya Allah, sampaikan salam rinduku kepada ...... (nama penuh insan tersebut ), sehingga aku menjadi kerinduannya..
Amin. "

   
Juga secebis doa seperti ini,


Ya Allah jika Kau halalkan aku merinduinya,
jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu.


InsyaAllah, rindu ini rindu yg terjaga dan dipelihara Dia.

1 comment:

  1. Wahhhh...pndainye menulis..6 glorious years?

    ReplyDelete