Tuesday 24 January 2012

Kisah jodoh

Percaya jodoh itu sudah ditetapkan oleh Maha Kuasa sejak umur 4 bln di dlm kandungan ibu.

Tetapi cerita jodoh bg saya satu cerita yg meruntun emosi. Mmg dah menanam impian untuk berkahwin pd usia yg muda namun sekarang melihat seorang demi seorang rakan melangkah ke alam bahagia di saat saya masih lg sendiri sememangnya meruntun emosi.

Hati kecil sering bertanya, kenapa belum lg masanya? Kenapa bukan saya yg seterusnya? Kenapa tidak seorang pun yg mahu menjadikan saya permaisuri hati halalnya?

Berhenti persoalkan kenapa. Kerana perkataan itu tidak pernah wujud bg seorang Islam yg redha dgn ketetapan penciptanya.

Saya fikir,perkahwinan itulah selama ini bahagia hakiki yg saya cari2. Angan indah yg saya impi.

Saya lupa pd hakikat, yg nampak bahagia itu belum tentu bahagia.

Saya lupa Allah itu Maha Mengetahui.

Mahu menjadi Muslim yg sempurna pd perbuatan dan amalan, saya melihat perkahwinan itu mampu menyelamatkan saya drpd permainan cinta yg haram. Naluri saya seperti sahaja wanita biasa. Saya ingin mengasihi, sgt ingin disayangi oleh lelaki halal yg akan saya nikahi. Saya mahu jadi isteri yg baik,taat kpd suami.

Itu apa yg saya bayangkan terjadi. Namun hidup tidaklah seindah cerita di kaca tv. Perkahwinan boleh jd sebuah syurga bahagia atau hanya neraka derita.

Ia mungkin boleh mengelakkan saya hanyut di dalam dosa bercinta sebelum.berkahwin. Tetapi saya tidak tahu bahawa jika saya belum bersedia sepenuhnya, ia boleh menjadikan saya isteri yg derhaka, yg mana besarnya dosanya.

Allah sedang memberikan saya masa. Masa untuk saya membentuk diri, mengungkapkan dgn jelas isteri bagaimana saya mahu jd,suami bagaimana yg saya impi dan rumahtangga bagaimana saya mahu.

Alhamdulillah, saya sgt bertuah kerana tidak ramai yg berpeluang melalui pengalaman itu.

"Dah ada org nak,tggu ape lg. Kawen je la. Kang jd andartu pulak"

Allah itu sudah menyelamatkan saya. Sekarang masa yg trbaik saya membentuk masa depan rumahtangga saya. Tidak punya bakal suami untuk merancang bersama.

"Eh..nnti kawen belah awak kite pki peach la ye. Saya suke peach"

Bukan lg majlis itu yg saya rancang. Tetapi lebih drpd itu semua. Sebuah perkahwinan yg kekal bahagia hingga ke syurga.

Byk ilmu yg perlu. Keyakinan bahawa Dia pasti menemukan saya dgn pemilik tulang rusuk saya; seorang suami yg sempurna untuk membimbing ke jalanNya.

Sebelum kami bertemu, melengkapkan diri menjadi suri hati yg paling baik untuknya nanti. InsyaAllah

Pemilik tulang rusuk, saya akan setia menunggu awak di sini. Sehingga segalanya pasti.
Published with Blogger-droid v2.0.4

2 comments: